PRIVACY POLICY
Last updated: Aug 8, 2017
Bahasa | English

DASAR PRIVASI DAN PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Syarikat kami menitikberatkan perlindungan data peribadi anda. Dasar privasi ini disediakan untuk mejelaskan cara kami mengumpul, memproses, mengurus dan melindungi data peribadi anda selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) 2010.

Data peribadi tersebut termasuk, tetapi tidak terhad pada maklumat berkenaan dengan nama; umur; nombor kad pengenalan; nombor pasport; alamat; e-mel; jantina; tarikh lahir; status perkahwinan; pekerjaan; jumlah pendapatan; maklumat perubatan; maklumat perhubungan seperti telefon, telefon bimbit dan nombor faksimili; bangsa, warganegara; gambar-gambar atau imej-imej dan lain-lain yang mungkin tertakluk pada perlindungan data yang berkenaan dan undang-undang lain yang seumpamanya.

Senarai data peribadi yang dinyatakan di atas adalah tidak menyeluruh dan mungkin termasuk data peribadi lain bergantung pada jenis urus niaga atau transaksi.

A.   PENGUMPULAN DATA PERIBADI ANDA

Maklumat peribadi yang diperoleh semasa anda (i) mengisi borang permohonan syarikat, (ii)
membuat pembelian melalui platform atas talian kami, (iii) mengambil bahagian dalam pertandingan atau acara-acara syarikat, (iv) mengunjungi pejabat atau laman web syarikat, (v) membalas bahan-bahan pemasaran atau promosi, atau (vi) menghantar pertanyaan atau maklum balas tentang produk atau perkhidmatan syarikat. Maklumat peribadi anda diperlukan, tetapi tidak terhad pada tujuan yang berikut:

  • untuk memberikan produk atau perkhidmatan yang relevan kepada anda;
  • untuk pemasaran produk dan perkhidmatan selepas jualan;
  • untuk menghantar bahan promosi dan/atau bahan pengiklanan kepada anda;
  • untuk menjalankan analisis statistik bagi penyelidikan dan pembangunan produk;
  • untuk tujuan pentadbiran, termasuk urusan bil, pembayaran dan pemungutan hutang;
  • untuk membuat pendedahan yang relevan namun mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang diguna pakai.

B.   PENDEDAHAN MAKLUMAT PERIBADI ANDA

Maklumat peribadi anda dirahsiakan, namun mungkin akan didedahkan atau dipindahkan sama ada dalam Malaysia atau di luar negara, kepada anak-anak syarikat Grup Sasbadi* (“Sasbadi Holdings Berhad” atau “Syarikat”), syarikat bersekutu, rakan kongsi, pihak ketiga dan kontraktor atau ejen masing-masing bagi tujuan seperti yang dinyatakan dalam (A) di atas.

C.   KESELAMATAN MAKLUMAT PERIBADI

Kami akan memastikan maklumat peribadi anda yang disimpan oleh Grup Sasbadi dan/atau anak-anak syarikatnya dilindungi daripada sebarang kehilangan/kerugian, penyalahgunaan, pengubahsuaian, akses atau pendedahan tanpa kebenaran atau tidak sengaja, pengubahan, atau kemusnahan.

D.   HAK UNTUK MENGAKSES DATA PERIBADI ANDA

Anda mempunyai hak untuk mengakses, membetulkan, atau menukarkan data peribadi anda yang ada pada Sasbadi dengan menulis surat kepada kami di alamat seperti yang tertera di bawah ini.

Sasbadi Holdings Berhad
Lot 12, Jalan Teknologi 3/4
Taman Sains Selangor 1
Kota Damansara
47810 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

E-mel: enquiry@sasbadi.com
No. Tel: 03-6145 1188
No. Faks: 03-6145 1199

Setelah disahkan identiti, anda boleh:

  • memohon untuk mendapatkan maklumat tentang data peribadi anda
  • memohon untuk membetulkan atau mengemaskinikan data peribadi anda
  • mengehadkan atau menghentikan pemprosesan data peribadi anda

tertakluk pada batasan undang-undang yang digunakan, syarat-syarat kontraktual, dan tempoh masa yang munasabah.

Dengan memberikan data peribadi anda kepada kami, anda bersetuju dengan cara kami memproseskan data peribadi anda seperti yang dinyatakan di atas.

E.    PEMINDAAN DASAR

Kami berhak untuk meminda dan mengemas kini dasar ini dari semasa ke semasa. Dasar yang dipinda akan dimuat naik ke laman web kami: www.sasbadiholdings.com.

F.    KONFLIK

Jika berlaku percanggahan antara polisi dalam bahasa Inggeris dengan polisi dalam bahasa Malaysia, maka terma dalam bahasa Inggeris akan diterima pakai.

*Anak syarikat Sasbadi Holdings Berhad: Sasbadi Sdn. Bhd., Sasbadi Online Sdn. Bhd., Sasbadi Learning Solutions Sdn. Bhd., Distinct Motion Sdn. Bhd., Distinct Element Sdn. Bhd., Orbit Buku Sdn. Bhd., Malaysian Book Promotions Sdn. Bhd., MPB Publications Sdn. Bhd., Maya Press Sdn. Bhd., Sanjung Unggul Sdn. Bhd., The Malaya Press Sdn. Berhad, Jinbang Publication Sdn. Bhd., Media Distribution Sdn. Bhd., Big Tree Publications Sdn. Bhd., MindTech Education Sdn. Bhd., United Publishing House (M) Sdn. Bhd., Penerbitan Daya Sdn. Bhd., Penerbitan Minda Sdn. Bhd., G-Apple Studio Sdn. Bhd., UPH Distributor Sdn. Bhd.